Brendan kembali sertai skuad negara. FOTO NSTP
Brendan kembali sertai skuad negara. FOTO NSTP
BERNAMA

PEMAIN tengah Perak,Brendan Gan gembira dapat kembali menyertai skuad kebangsaan selepas mengalami kecederaan yang menyebabkan beliau tersisih.

Pemain berusia 31 tahun itu mengaku bahawa dipanggil semula untuk beraksi dalam skuad kebangsaan adalah detik indah kerana beliau sebelumnya menyangka akan meninggalkan bola sepak selepas mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) tiga tahun lalu.

“Rasa teruja kembali semula dalam skuad. Ia memang sentiasa menjadi penghormatan untuk mewakili negara. Selepas bebasipada kecederaan dan kembali bersama Perak dan melakukan yang terbaik, untuk saya mendapat peluang kembali bersama skuad kebangsaan.

“Sudah tentu sukar. Pemain-pemain ini adalah pemain yang hebat dan mereka menunjukkan bahawa sepanjang musim ini mereka adalah kelompok pemain yang menakjubkan terutama semasa aksi akhir skuad kebangsaan.

“Ia bakal mengharungi kesukaran tetapi saya di sini, saya memberi tumpuan 100 peratus setiap kali saya tampil untuk latihan, setiap kali saya turun ke padang dan itu yang akan saya lakukan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan hari pertama skuad kebangsaan di Stadium Kuala Lumpur, hari ini.

Brendan adalah sebahagian daripada 27 pemain yang akan menyarung jersi negara pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 berdepan Indonesia pada 5 Sept dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G di Jakarta sebelum bertolak ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) (10 Sept) dan Vietnam (10 Okt).

Pemain kelahiran Australia itu juga menyatakan kegembiraannya dan berkata dia tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe untuk kali pertama dan berjanji pasukannya akan memberikan yang terbaik.

“Ia lebih manis (apabila kembali beraksi dalam skuad kebangsaan). Jelas kecederaan yang dialami ketika menentang Indonesia pada kali terakhir memaksa saya berehat selama tiga tahun tetapi sekarang saya kembali semula dalam skuad negara dan sejali lagi akan mewakili Malaysia.

“Saya selaku fikir dan ini mungkin penghujung dalam kerjaya saya. Saya fikir sesiapa yang mengalami kecederaan ACL tentu berfikir demikian tetapi keluarga dan rakan-rakan membveri semangat kepada saya dan sudah tu saya perlu mengambil langkah setapak demi setapak pada masa itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 11:18 PM