Rins (tengah) bersama Marquez (kiri) dan Vinales di podium MotoGP British. FOTO REUTERS
Rins (tengah) bersama Marquez (kiri) dan Vinales di podium MotoGP British. FOTO REUTERS
AFP

ALEX Rins memenangi perlumbaan penuh dramatik MotoGP British apabila pelumba pasukan Suzuki itu memintas juara dunia, Marc Marquez di garis penamat dengan kelebihan 0.013s di Silverstone, hari ini.

Penyudah penuh sensasi dilakukan oleh Rins membolehkannya meraih kemenangan kedua musim ini.

Bagaimanapun, Marquez yang memacu Honda melebarkan penguasaanya di tangga teratas kedudukan MotoGP selepas pencabar terdekat, Andrea Dovizioso (Ducati) diusung keluar daripada litar selepas berlanggar dengan pelumba Yamaha, Fabio Quartararo.

Pelumba Yamaha, Maverick Vinales menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengejar dari belakang manakala rakan sepasukan Valentino Rossi berada di tempat keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Ogos 2019 @ 9:52 PM