Kei Nishikori. FOTO AFP
Kei Nishikori. FOTO AFP
AFP

GANDINGAN impian Jepun yang terdiri daripada Naomi Osaka dan Kei Nishikori mungkin dapat berkerja sama bagi acara beregu campuran pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pemain nombor satu dunia Naomi, juara bertahan Amerika Syarikat (AS) dan Terbuka Australia sementara Nishikori, naib juara Terbuka AS 2014 berada pada ranking tujuh dunia, mungkin menjadi gandingan mantap dalam usaha merangkul pingat emas tahun depan.

Namun Nishikori, yang mencadangkan idea berkenaan semalam, ketika dia membuat persediaan menjelang Terbuka AS, bimbang penambahan daripada acara perseorangan dan beregu lelaki mungkin agak sukar dengan cabaran cuaca panas terik di Tokyo ketika temasya itu.

“Saya akan bermain acara beregu lelaki, sudah pasti. Dengan keadaan itu - cuaca panas, sangat lembap - beraksi dalam acara perseorangan dan dua acara beregu, saya tidak fikir saya boleh melakukannya,” kata Nishikori.

“Saya tidak fikir dengan lebih lanjut lagi, jujur saya katakan. Saya tidak tahu. Saya akan bercakap dengan Naomi nanti.”

Nishikori, 29, berkata, dia tahu pemain berusia 21 tahun, Naomi berkata tahun ini merupakan tahun cukup sukar buatnya.

Naomi Osaka. FOTO File Reuters
Naomi Osaka. FOTO File Reuters

Osaka berkata, ruang rehat daripada bermain tenis membantu memulihkan permainan dan kedudukannya ketika ini.

“Ia sudah pasti berubah buat saya,” kata Naomi. “Saya mengambil waktu rehat dan tenangkan minda dan menyedari bahawa anda perlu gembira dengan apa yang anda suka lakukan.

“Pada saya, saya suka tenis. Kadang kala saya rasa tidak suka, tetapi apabila saya bangun setiap pagi dan jika saya tidak bermain, saya rasa seperti ada yang tidak kena pada hari itu.

“Saya hanya keluar setiap hari untuk cuba mempelajari sesuatu yang baru, cuba untuk melakukan yang terbaik yang saya mampu.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 2:21 PM