PEMAIN tenis Jepun, Kei Nishikori (kiri) bakal berentap dengan Juara dua kali, Novak Djokovic di separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat. FOTO Agensi
PEMAIN tenis Jepun, Kei Nishikori (kiri) bakal berentap dengan Juara dua kali, Novak Djokovic di separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat. FOTO Agensi
AFP

NEW YORK: Juara dua kali, Novak Djokovic menamatkan persembahan cemerlang John Millman sepanjang Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan pemain ranking ke-55 itu dengan straight set untuk menempah pertemuan dengan Kei Nishikori di separuh akhir.

Djokovic yang menamatkan kemarau kejayaan selama 54 minggu selepas menjuarai Grand Slam ke-13 di Wimbledon, mengalahkan Millman 6-3, 6-4, 6-4 untuk meraih pentas separuh akhir Terbuka AS yang ke-11 dalam 11 penampilan terakhirnya.

Bintang Serbia itu merangkul trofi kejohanan berkenaan pada 2011 dan 2015.

Nishikori, pilihan ke-21, mara dengan kemenangan 2-6, 6-4, 7-6 (7/5), 4-6, 6-4 mengatasi Marin Cilic - pemain yang menewaskannya pada final 2014.

Millman yang mengejutkan juara lima kali Roger Federer pada pusingan keempat, memberi saingan kepada Djokovic dalam perlawanan yang berlangsung selama 2 jam 49 minit di Stadium Arthur Ashe.

“Anda bertahan di gelanggang kemudian menamatkan perlawanan dengan kemenangan. (Saya) sangat diuji,” kata Djokovic, yang mengakui terkejut untuk mendapatkan rentak permainannya berdepan Millman, bukan Federer.

“Tapi Millman adalah jenis pemain yang boleh membuatkan anda terlepas bola, membuatkan anda memenangi mata, mendapatkan mata.

“Dia tidak kehilangan banyak rentak permainannya, jadi dia hanya berlari ke kiri, kanan, memukul banyak bola. Secara taktikal, anda perlu mencari keseimbangan yang tepat di antara kesabaran, tetapi meningkatkan pungutan mata.”

Nishikori mengejutkan Djokovic yang ketika itu sebagai pemain nombor satu dunia di separuh akhir pada 2014 untuk menjadi pemain pertama dari Asia mara ke final dalam kejohanan utama.

Namun, dia belum melangkah ke pentas akhir Grand Slam sejak tewas di separuh akhir Terbuka Terbuka AS pada 2016.

“Saya tidak tahu kenapa, tetapi sentiasa bertarung dengan Marin (Cilic),” kata Nishikori, yang melebarkan rekod kemenangan ke atas pilihan ketujuh dari Croatia itu kepada 9-6.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 7:38 PM