AKSI Cavani (kiri)  ketika PSG kalah 2-1 ke atas Rennes. FOTO AFP
AKSI Cavani (kiri) ketika PSG kalah 2-1 ke atas Rennes. FOTO AFP
Reuters

RENNES bangkit daripada ketinggalan untuk mengejutkan Paris Saint Germain dengan kemenangan 2-1 di Roazhon Park dalam aksi Ligue 1 awal pagi tadi.

Jurulatih PSG Thomas Tuchel mengetepikan Neymar daripada skuadnya untuk minggu kedua berturut-turut susulan ketidaktentuan mengenai masa depan penyerang itu dan skuad itu bergelut menangani juara Piala Perancis itu tanpa pemain Brazil berkenaan.

Skuad pelawat mendahului perlawanan apabila Edinson Cavani berjaya memanfaatkan kekalutan di bahagian pertahanan lawan namun jaringan M’Baye Niang memberikan Rennes mata penyamaan sebelum tamat separuh masa pertama sebelum Romain Del Castillo menanduk masuk gol kemenangan pada babak kedua.

Kapten PSG Thiago Silva menegaskan bahawa kemelut membabitkan masa depan rakan senegaranya itu tiada kena mengena dengan aksi hambar pasukannya.

“Ia sukar buat semua orang tetapi ia bukan alasan,” katanya.

“Neymar tiada di sana. Kami perlu fikirkan diri sendiri. Saya harap ini kekalahan terakhir musim ini.”

Rennes menyertai Lyon dan Nice di puncak liga dengan mata maksimum selepas dua perlawanan musim ini, dan kekalahan meletakkan PSG di tangga kelapan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 11:14 AM