AKSI Messi (kanan) hari ini. FOTO AFP
AKSI Messi (kanan) hari ini. FOTO AFP
AFP

Paris: Paris Saint-Germain (PSG) mengalami kekalahan pertama di Ligue 1 selepas tewas 0-2 kepada Rennes sekali gus menamatkan rekod cemerlang menang lapan perlawanan berturut-turut.

Sepakan percuma Lionel Messi terkena palang pada babak pertama di Roazhon Park sebelum Gaetan Laborde meledak voli untuk gol pertama Rennes sebelum rehat yang juga jaringan keenamnya musim ini.

Flavien Tait juga menambah gol pada awal babak kedua ketika Rennes menggandakan kelebihan mereka.

Manakala gol Kylian Mbappe dibatalkan kerana ofsaid yang menyebabkan PSG tewas dalam liga buat pertama kali sejak April.

Messi disenaraikan bersama Neymar, Mbappe dan Angel Di Maria buat kali kedua, permulaan keduanya dalam liga buat PSG selepas tidak bermain dalam dua perlawanan awal Ligue 1 kerana kecederaan lutut.

Gianluigi Donnarumma sekali lagi dipilih menjaga gawang gol berbanding Keylor Navas selepas cemerlang ketika membantu PSG melakar kemenangan ke atas Manchester City pada saingan Liga Juara-Juara.

PSG banyak mencipta peluang pada separuh masa pertama namun kesemuanya disia-siakan begitu sahaja.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Oktober 2021 @ 10:10 PM