Alex Morgan (kanan) kedudukan ke-12. FOTO File AFP
Alex Morgan (kanan) kedudukan ke-12. FOTO File AFP
AFP

BINTANG tenis Amerika Syarikat, Serena Williams mendahului dalam senarai majalah Forbes sebagai atlet wanita menerima bayaran tertinggi untuk tahun keempat berturut-turut hari ini.

Dianggarkan juara 23 kali perseorangan Grand Slam itu mengumpul $29.2 juta (RM122 juta) dalam tempoh 12 bulan berakhir 1 Jun – dengan $4.2 juta (RM17.6 juta) hadir hasil wang kemenangan.

Pemain Jepun, Naomi Osaka, yang semakin meningkat di arena antarabangsa dengan mengejutkan Williams pada final Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2018 dan kemudiannya memenangi Terbuka Australia pada Januari, menjadi empat atlet wanita pernah mengumpul lebih $20 juta (RM83.8 juta) setahun – selepas Williams dan bintang tenis Maria Sharapova serta Li Na.

Serena Williams mendahului senarai atlet wanita menerima bayaran tertinggi. FOTO File Agensi.
Serena Williams mendahului senarai atlet wanita menerima bayaran tertinggi. FOTO File Agensi.

Forbes menganggarkan pendapatan Osaka ialah $24.3 juta (RM101.8 juta), meletakkannya di tempat kedua senarai di dominasi pemain tenis itu.

Bekas juara Wimbledon, Angelique Kerber ketiga dalam senarai dengan $11.8 juta (RM49.4 juta) diikuti juara Wimbledon tahun ini, Simona Halep.

Kedudukan tertinggi atlet daripada sukan lain ialah pemain bola sepak wanita AS, Alex Morgan, berkedudukan ke-12.

Morgan mengumpul $5.8 juta (RM24.3 juta), sebahagian besar menerusi penajaan.

Bintang badminton India PV Sindhu dan pemain golf Thailand, Ariya Jutanugarn adalah bukan pemain tenis yang berada dalam kelompok 15 teratas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Ogos 2019 @ 9:56 AM