PEMAIN negara, Shello Silverius (kanan) dicabar pemain Uzbekistan, Abdulsalom Madaminov pada penentuan tempat ketiga di Chonburi, hari ini. — FOTO Persekutuan Hoki Asia
PEMAIN negara, Shello Silverius (kanan) dicabar pemain Uzbekistan, Abdulsalom Madaminov pada penentuan tempat ketiga di Chonburi, hari ini. — FOTO Persekutuan Hoki Asia
Saiful Affendy Sapran


SKUAD hoki dalam dewan negara menamatkan kempen Piala Asia dengan cemerlang apabila menewaskan pasukan ranking ke-19 dunia Uzbekistan 6-3 pada penentuan tempat ketiga hari ini.

Berlangsung di Chonburi, Thailand, kapten Hanip Che Halim menjadi watak penting apabila menjaringkan hatrik untuk Malaysia pada minit ketujuh, 25 dan 32.

Firdaus Omar pula menjadi pencetus kemenangan skuad negara apabila menyumbang gol pertama seawal minit ketiga sebelum menambah gol kedua pada minit ke-31.

Aminudin Zain melengkapkan kemenangan skuad negara yang menduduki ranking ke-24 dunia dengan gol tunggalnya pada minit ke-23.

Uzbekistan pula meraih tiga gol menerusi Enver Ismailov (m-6), serta Ruslan Satlikov (m-9 dan 38).

Sementara itu skuad wanita negara menamatkan saingan di kedudukan keempat selepas tewas menerusi penentuan penalti di tangan Uzbekistan.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar tetapi Sabina Adizova muncul wira Uzbekistan ketika penentuan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 9:03 PM