Pemain Algeria, Mehdi Abeid meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Piala Negara Afrika. FOTO Reuters
Pemain Algeria, Mehdi Abeid meraikan kejayaan mara ke separuh akhir Piala Negara Afrika. FOTO Reuters
Reuters

PENYERANG berpengalaman Wilfried Bony dan pemain tengah, Serey Die gagal menyempurnakan penentuan penalti ketika Algeria mencatat kemenangan 4-3 ke atas Ivory Coast selepas aksi menarik terikat 1-1 saingan suku akhir Piala Negara Afrika, awal pagi tadi.

Algeria akan berdepan Nigeria pada aksi separuh akhir di Stadium Antarabangsa Kaherah awal pagi Isnin tatkala mereka memburu kejayaan yang pernah dilakar pada 1990.

Sofiane Feghouli meletakkan Algeria di depan pada separuh masa pertama namun mereka gagal menambah jaringan apabila Baghdad Bounedjah mempersiakan peluang menyempurnakan penalti di awal babak kedua perlawanan.

Penyerang Ivory Coast, Jonathan Kodjia menyamakan kedudukan selepas satu jam perlawanan susulan deretan peluang daripada kedua-dua pasukan sehingga tamat tambahan masa dan pemenang ditentukan menerusi penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2019 @ 6:53 AM