Aksi Riyad Mahrez (kanan) bersama Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris. FOTO Agensi
Aksi Riyad Mahrez (kanan) bersama Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris. FOTO Agensi
Agensi

London: Bintang Manchester City, Riyad Mahrez bersedia mengetuai Algeria di saingan Piala Negara Afrika selepas dinamakan dalam senarai pasukan juara bertahan itu.

Pemain sayap berusia 30 tahun itu bakal mengetuai skuad Musang Gurun selepas meraih kejuaraan utama buat kali kedua di Mesir pada 2019 dengan kemenangan 1-0 ke atas Senegal pada final.

Algeria akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan pada 11 Januari berdepan Sierra Leone sebelum menentang Equatorial Guinea dan Ivory Coast dalam Kumpulan E.

Penyerang berpangkalan di Qatar, Baghdad Bounedjah dan menjaringkan gol kemenangan pada 2019, adalah salah seorang daripada 12 pemain yang membantu Algeria memenangi Piala Arab baru-baru ini dan disenaraikan dalam skuad 28 pemain kendalian jurulatih Djamel Belmadi bagi aksi berdepan Cameroon.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Disember 2021 @ 6:02 PM