ALGERIA ketika muncul juara Piala Negara Afrika 2019. FOTO Agensi
ALGERIA ketika muncul juara Piala Negara Afrika 2019. FOTO Agensi
AFP

Algiers: Pemain Algeria, Youcef Belaili, Mohamed Amine Tougai dan Houcine Benayada didapati positif Covid-19 ketika saingan Piala Negara Afrika akan berlangsung seminggu lagi.

"Mereka berada dalam keadaan yang baik dan tiada simptom," kata jurulatih Djamel Belmadi pada sidang media di Doha.

Algeria ketika ini menjalani kem latihan di Doha sebelum terbang ke Cameroon untuk tampil pada kejohanan itu yang bermula 9 Januari ini.

Jelas Belmadi, Belaili mungkin akan kembali menjalani latihan dalam tempoh dua hari lagi tetapi dua gandingan di bahagian pertahanan, Tougai dan Benayada ketika ini berada di Algeria.

Mereka hanya akan menyertai skuad kebangsaan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Algeria selaku juara bertahan akan bertemu Sierra Leone, Equatorial Guinea dan Ivory Coast pada saingan peringkat kumpulan.

Piala Negara Afrika terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali dengan kali pertama kerana kebimbangan hujan bermusim yang lebat sekali gus boleh menjejaskan jadual padat manakala kedua berikutan wabak Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Disember 2021 @ 9:19 AM