GAYA   Angelique selepas meraih mata ketika menentang   Simona di Eastbourne,  England. - FOTO AFP
GAYA Angelique selepas meraih mata ketika menentang Simona di Eastbourne, England. - FOTO AFP
Reuters

PERSIAPAN Angelique Kerber menghadapi Wimbledon mencapai momentum apabila menewaskan Simona Halep 6-4, 6-3 dalam pertarungan membabitkan dua bekas pemain nombor satu dunia untuk mara ke separuh akhir di Eastbourne hari ini.

Juara Wimbledon itu menyempurnakan lima daripada tujuh mata ‘break’ bagi menempah slot empat terakhir menentang Ons Jabeur.

Pemain bukan pilihan dari Tunisia, Ons terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan Alize Cornet 1-6, 7-5, 6-3.

ONS pikul cabaran Tunisia pada separuh akhir Eastbourne. - FOTO AFP
ONS pikul cabaran Tunisia pada separuh akhir Eastbourne. - FOTO AFP

"Dalam kejohanan ini saya adalah ratu yang tewas set pertama dan bangkit kembali,” kata Ons yang terpaksa bangkit selepas ketinggalan satu set dalam tiga kemenangan daripada empat perlawanan di Eastbourne.

"Satu lagi motivasi kepada saya, beraksi lebih baik di set kedua tetapi saya sangat gembira dengan kemenangan ini.”

Pemain nombor 10 dunia, Aryna Sabalenka berdepan Kiki Bertens dari Belanda dalam satu lagi aksi suku akhir hari ini manakala bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova menentang pemain Russia, Ekaterina Alexandrova.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 12:17 AM