PERSEMBAHAN Kane (kanan) di Madrid amat mengecewakan. — FOTO EPA
PERSEMBAHAN Kane (kanan) di Madrid amat mengecewakan. — FOTO EPA
Reuters

MENJUARAI pusingan akhir Liga Negara Eropah minggu ini memang tidak sama dengan kejayaan Piala Dunia namun selepas pencapaian tahun lalu, anak buah Gareth Southgate kini mengintai trofi terbaharu dunia bola sepak.

Kemaraan England ke separuh akhir di Russia menyatukan semula penyokong mereka dengan pasukan kebangsaan dan kemenangan ke atas Croatia dan Sepanyol pada peringkat kumpulan Liga Negara Eropah membuktikan peningkatan mereka.

Ia turut membolehkan pasukan kendalian Southgate menempah tempat ke kelompok empat terakhir kejohanan itu, yang mana mereka berdepan Belanda di Guimaraes Khamis ini dengan tiket ke final Ahad ini menentang Portugal atau Switzerland menjadi pertaruhan.

Hakikat England tidak menang apa-apa di peringkat senior sejak kejayaan tunggal Piala Dunia pada 1966 menyemarakkan semangat anak buah Southgate untuk mencipta kejayaan kali ini.

HENDERSON (tengah) masih dibuai kenangan indah menjulang trofi Piala Eropah. — FOTO AFP
HENDERSON (tengah) masih dibuai kenangan indah menjulang trofi Piala Eropah. — FOTO AFP

“Masih ada peluang untuk menang trofi bersama jersi England dan 1966 sudah terlalu lama berlalu,” kata kapten Harry Kane.

“Kami akan cuba dan menggunakan setiap kelebihan. Kami mahu menang trofi dan mempunyai pengalaman berkongsinya dengan penyokong, jadi ia satu insentif besar. Peminat akan hadir memberikan sokongan dan harapnya menjadi sebahagian daripada sejarah,” ujar penyerang itu.

Kane kembali daripada rehat tujuh minggu kerana kecederaan ketika Tottenham kalah 0-2 di tangan Liverpool pada final Liga Juara-Juara di Madrid Sabtu lalu, kelihatan kurang berbisa di depan pintu gol.

Skuad Southgate menampilan tiga lagi pemain Spurs, Eric Dier, Danny Rose dan Dele Alli, manakala Jordan Henderson, Trent Alexander-Arnold dan Joe Gomez sebahagian daripada skuad Liverpool yang muncul juara Eropah kali keenam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Jun 2019 @ 8:50 AM