Juergen Klopp. FOTO Reuters
Juergen Klopp. FOTO Reuters
Reuters

PENGURUS Liverpool, Juergen Klopp mengakui tuah berpihak kepada pasukannya selepas Dean Henderson membenarkan rembatan Georginio Wijnaldum yang gagal ditangkap kemas dan melepasi celah kelangkang penjaga gol Sheffield United itu untuk gol tunggal kemenangan semalam.

Kemenangan ketujuh berturut-turut Reds dalam saingan Liga Perdana mengekalkan kedudukan di puncak liga.

“Satu pasukan berhak untuk menang, ia itu pasukan kami, tetapi rasa hormat kepada Sheffield United, mereka pasukan yang kuat,” kata Klopp.

Juara Eropah Liverpool yang kini menang 16 perlawanan liga dalam dua musim, memerlukan satu lagi kejayaan untuk menyamai rekod permulaan terbaik musim Liga Perdana pada 1990 dan dua untuk menyamai rekod 2005-06 Chelsea.

Wijnaldum (kiri) meraikan jaringan bersama Firmino. FOTO Reuters
Wijnaldum (kiri) meraikan jaringan bersama Firmino. FOTO Reuters

Pengurus Sheffield United, Chris Wilder pula berkata Henderson perlu melakukan lebih baik selepas memberi pendahulu Liga Perdana itu gol tunggal kemenangan di Bramall Lane.

Penjaga gol berusia 22 tahun yang dipinjamkan daripada Manchester United, menjadi tonggak utama pasukan untuk kembali bersaingan di liga utama musim ini namun Wider ternyata berang dengan seperti jaringan itu.

“Jika dia mahu menjadi pemain bola sepak profesional, perkara seperti ini tidak harus berlaku,” katanya. “Saya tidak akan menuding jari kepadanya semata-mata, ia adalah jelas dia perlu melakukan lebih baik.”

Henderson disebut akan menerima panggilan antarabangsa tetapi kesilapan mudahnya disaksikan dengan sangat dekat oleh pengurus England Gareth Southgate yang turut berada di tempat duduk penonton.

“Jika dia mahu beraksi dengan pasukan hebat, dia mahu beraksi untuk England jadi dia perlu lakukan yang terbaik, dia perlu memberi tumpuan yang lebih, ia hari yang mengecewakan buatnya,” kata Wilder.

Liverpool mengumpul 21 mata manakala Sheffield United di kedudukan pertengahan liga dengan lapan mata.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 September 2019 @ 11:36 AM