KANE lebih fokus perlawanan menentang Belanda Jumaat ini. FOTO Reuters
KANE lebih fokus perlawanan menentang Belanda Jumaat ini. FOTO Reuters
AFP

KAPTEN England Harry Kane menegaskan tidak terjejas dengan kekalahan Tottenham pada final Liga Juara-Juara di tangan Liverpool apabila kedua-dua pemain bersatu untuk tugasan antarabangsa minggu ini.

Kane kembali selepas berehat dua bulan akibat kecederaan untuk beraksi pada final di Madrid tetapi kurang cergas untuk kemudiannya beraksi hambar buat Spurs.

Dele Alli, Danny Rose dan Eric Dier turut diturunkan mewakili skuad Mauricio Pochettino manakala trio Liverpool Jordan Henderson, Trent Alexander-Arnold dan Joe Gomez turut disenaraikan dalam skuad 23 pemain Gareth Southgate.

“Anda tidak perlu memberitahu mereka untuk mengubah pendekatan daripada bola sepak kelab,” kata Kane.

“Semua orang melakukannya secara semula jadi dan saya fikir kami bermain antara satu sama lain cukup lama hingga menjadi rakan sepasukan.

“Sama ada anda di Spurs atau (Manchester) City atau Liverpool, kami kenal cukup lama hingga menjadi kawan rapat.

“Apabila anda datang ke sini, anda hanya mahu berjumpa dan menjadi sahabat.”

England berpeluang menjulang kejuaraan pertama sejak 1966 dalam edisi sulung Liga Negara-Negara apabila berdepan Belanda dalam separuh akhir kedua awal pagi Jumaat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Jun 2019 @ 9:14 PM