Steven Sim (tengah) beramah mesra dengan jurulatih di MSN  Bukit Jalil. FOTO NSTP/AZIAH AZMEE
Steven Sim (tengah) beramah mesra dengan jurulatih di MSN Bukit Jalil. FOTO NSTP/AZIAH AZMEE
Azlan Muhammad Zain


SEDAR kepentingan dan kepakaran dimiliki setiap jurulatih kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencari jalan bagi memastikan nasib mereka lebih terbela.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong merintis jalan dengan mengadakan sesi dialog tertutup bersama 80 jurulatih kebangsaan bagi mendapatkan maklum balas mereka.

"Kita faham cabaran yang dihadapi mereka. Kita ingin mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa dan lumayan supaya jurulatih negara boleh fokus ke arah yang lebih tinggi dalam melatih juara sukan negara," jelasnya.

Menurut beliau, antara yang diluahkan jurulatih adalah skim penggajian yang lebih baik, kesihatan, peluang pendidikan dan sebagainya.

"Ada jurulatih yang menyuarakan tentang peluang melanjutkan pelajaran ke universiti dengan biasiswa selain kemudahan kesihatan seperti yang disediakan kepada atlet.

Mereka memohon satu pakej kerjaya yang lebih baik dari segi jaminan sosial.

"Jurulatih Malaysia sememangnya mempunyai potensi. Ada akademi sukan di China yang meminta saya menghantar jurulatih kita ke sana walaupun mereka adalah negara yang cemerlang dari segi sukan," tambahnya.

Tambah Steven Sim, kementerian sentiasa mendengar dan mengambil maklum permasalahan dihadapi setiap pemegang taruh sukan tempatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2019 @ 2:43 PM