Ozil (kiri) bersama rakan sepasukan dalam pesawat. FOTO Arsenal FC
Ozil (kiri) bersama rakan sepasukan dalam pesawat. FOTO Arsenal FC
Agensi

ARSENAL berlepas lima hari lebih awal untuk membuat persiapan menghadapi aksi final Liga Europa (UEL) berdepan musuh London, Chelsea di Baku.

Skuad kendalian Unai Emery akan berdepan Chelsea di Stadium Olimpik Azerbaijan, memerlukan kemenangan untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Skuad The Gunners dirakam menaiki pesawat mereka dari Lapangan Terbang Luton untuk perlawanan final Eropah yang begitu dinantikan Rabu ini.

Kapten Arsenal, Laurent Koscielny bersama Mesut Ozil, Lucas Torreira dan rakan sepasukan lain kelihatan begitu bersemangat melalui penerbangan selama enam jam ke Baku dari London.

Danny Welbeck juga mendapat tempat ke final Liga Europa apabila penyerang Inggeris itu dilihat berada dalam kalangan rakan sepasukan ke negara terbabit.

Pemain terbabit tidak beraksi sejak mengalami patah pergelangan kaki pada November lalu tetapi kini disenaraikan selaku pemain simpanan skuad Emery menentang Chelsea.

Malah, ia juga menjadi perlawanan terakhir Welbeck untuk kelab London utara itu apabila bekas pemain Manchester United berusia 28 tahun itu akan meninggalkan Arsenal berikutan kontraknya tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2019 @ 10:25 PM