Nyepa belajar banyak perkara baru. FOTO NSTP
Nyepa belajar banyak perkara baru. FOTO NSTP
Aida Adilah Mat


PELARI pecut negara Jonathan Nyepa kini semakin selesa berada di Amerika Syarikat (AS) biarpun baru menyertai dua pertandingan.

Menjalani latihan di Kelab Winners Circle Athletics Georgia, Atlanta sejak Februari lalu, Johnathan berkata banyak perkara baru dipelajarinya dan latihan di AS sangat membantu biarpun terpaksa berdepan dengan keadaan cuaca tidak menentu.

Katanya, dia masih dalam fasa menyesuikan diri di kelab berkenaan, namun kebanyakan atlet yang berlatih di sana sangat membantu dan banyak perkara baru dapat dipelajari. "Saya gembira dapat menimba ilmu di sini. Mereka banyak membantu.

Banyak yang perlu diperbaiki terutama mengenai teknik larian.

"Atlet di sini akan beri tahu kepada saya apa yang perlu diperbaiki ketika latihan dan sangat bersikap terbuka jika saya bertanya soalan," katanya berada di AS atas tajaan penjana kuasa bebas (IPP) Edra Power Holdings Sdn Bhd.

Ketika ini Jonathan berada di AS bersama seorang lagi atlet pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli dan dijangka akan pulang ke Malaysia Disember ini.

Ditanya prestasi semasa, Jonathan berkata, ketika ini baru dua pertandingan disertai dan mencatat 10.42s pada kejohanan pertama dan 20.92s dalam acara 200m pada pertandingan kedua. Jonathan, pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) berusia 22 tahun melakukan catatan masa 21.10 s untuk memenangi pingat emas acara 200m pada Kejohanan Terbuka Malaysia, Mei tahun lalu.

Pada kejohanan itu, atlet Sarawak itu menang pingat perak acara 100m, merakam masa 10.40s di belakang juara Vonoj Suranjaya dari Sri Lanka yang melakukan 10.27s dan turut mengatasi Khairul Hafiz Jantan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2019 @ 5:26 PM