Pengadil Felix Zwayer (kanan) memperkatakan sesuatu kepada penyerang Dortmund, Marco Reus (kiri) pada aksi Bundesliga menentang Schalke 04, Sabtu lalu. FOTO AFP.
Pengadil Felix Zwayer (kanan) memperkatakan sesuatu kepada penyerang Dortmund, Marco Reus (kiri) pada aksi Bundesliga menentang Schalke 04, Sabtu lalu. FOTO AFP.
Reuters

KEMPEN mengejar kejuaraan Bundesliga buat Borussia Dortmund menerima tamparan hebat selepas kaptennya, Marco Reus dan tonggak pasukan, Marius Wolf digantung perlawanan.

Reus digantung dua perlawanan manakala Wolf pula tiga perlawanan susulan layangan kad merah ketika pasukan itu tewas 2-4 kepada Schalke 04, di gelanggang sendiri, Sabtu lalu.

Reus diperintah keluar padang ketika 60 minit perlawanan berlangsung selepas dilayangkan kad mereka kerana melakukan terjahan keras ke atas Suat Serder dan diikuti Wolf lima minit kemudian yang melakukan kekasaran kepada pemain sama.

Penggantungan Wolf bermakna tiada lagi aksi pemain itu pada musim ini ketika Dortmund mempunyai tiga baki perlawanan manakala Reus hanya boleh beraksi pada perlawanan terakhir pasukan itu di Borussia Moenchengladbach.

Reus menjaringkan 16 gol dan membantu menghasilkan lapan jaringan musim ini memberi impak besar dalam pasukan.

Jurulatih Dortmund, Lucien Favre menyerah kalah dalam pemburuan liga selepas kekalahan skuadnya walaupun dua mata memisahkan dengan seteru utama, Bayern Munich yang seri 1-1 di Nuremberg pada Ahad.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 8:11 AM