Penyerang Schalke, Breel Embolo (kiri) menjaringkan gol menentang Borussia Dortmund. FOTO AFP.
Penyerang Schalke, Breel Embolo (kiri) menjaringkan gol menentang Borussia Dortmund. FOTO AFP.
AFP

JURULATIH Borussia Dortmund, Lucien Favre berkata dia seperti menyerah kalah daripada memburu kejuaraan Bundesliga selepas layangan kad merah kepada Marco Reus dan dua gol Daniel Caligiuri menyaksikan kekalahan Dortmund, 2-4 kepada Schalke dalam perlawanan derby.

Reus pemain pertama daripada dua tonggak Dortmund yang diperintah keluar padang dalam tempoh lima minit permainan di separuh masa kedua.

Schalke bangkit daripada ketinggalan untuk memberi peluang terbaik kepada Bayern Munich memenangi kejuaraan ketujuh liga berturut-turut.

Pendahulu liga Bayern kini mampu menjarakkan kedudukan dengan empat mata berbaki tiga perlawanan liga jika mencatat kemenangan ke atas pasukan berada di zon penyingkiran, Nuremberg malam ini.

Ketua Jurulatih Bayern Niko Kovac (kiri) dan adiknya Robert Kovac meraikan trofi kejuaraan Bundesliga. FOTO EPA.
Ketua Jurulatih Bayern Niko Kovac (kiri) dan adiknya Robert Kovac meraikan trofi kejuaraan Bundesliga. FOTO EPA.

Ditanya oleh Sky Germany sama ada adakah pemburuan juara liga sudah berakhir, jurulatih Dortmund Favre berkata : “ya, sudah tentu”.

Dortmund mendahului dengan bergaya pada minit ke 14 jaringan Mario Goetze yang menerima umpanan Jadon Sancho.

Bagaimanapun, Schalke menyamakan kedudukan hanya dua minit kemudian apabila Daniel Caligiuri menyempurnakan penalti selepas bola terkena tangan Julian Weigl.

Favre membantah keputusan itu, menyatakan peraturan baru apabila bola terkena tangan adalah “skandal besar dalam bola sepak”.

“Bola sepak bagaikan satu jenaka,” katanya. “Apa yang mereka mahu pemain lakukan, potong tangan mereka?” “Mereka yang mewujudkan undang-undang ini, saya tidak tahu bagaimana mereka melihat diri mereka di hadapan cermin.”

Beberapa minit kemudian pasukan pelawat mengejutkan gelanggang Signal-Iduna-Park menerusi jaringan Salif Sane untuk memastikan Schalke di depan.

Malang berganda buat Dortmund pada separuh masa kedua apabila kapten pasukan Marco Reus dan Marius Wolf di perintah keluar padang selepas dilayangkan kad merah.

Diikuti jaringan menerusi sepakan percuma Caligiuri untuk gol ketiga sebelum Axel Witsel menyumbat gol kedua ketika perlawanan berbaki lima minit. Breel Embolo memastikan jaringan keempat Schalke untuk memusnahkan impian lawan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 12:02 PM