SOLSKJAER terpaksa akur menerima kekalahan kali kedua di tangan Wolves musim ini. — FOTO AFP
SOLSKJAER terpaksa akur menerima kekalahan kali kedua di tangan Wolves musim ini. — FOTO AFP
AFP

OLE Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United tidak boleh lagi melakukan kesilapan dalam usaha memburu penamat empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-2 di tangan Wolves, awal pagi tadi.

Ashley Young yang dibuang padang dan gol sendiri Chris Smalling antara perkara mengecewakan pada petang malang buat anak buah Solskjaer di Molineux.

Solskjaer menyasarkan 15 mata daripada baki tujuh perlawanan sebelum kunjungan mereka ke Molineux.

Jumlah itu kini 15 mata daripada enam perlawanan dengan perlawanan menyusul menentang Manchester City dan Chelsea di Old Trafford, sasaran yang mana Solskjaer akui memaksa mereka tidak boleh melakukan kesilapan.

YOUNG (kiri) dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mike Dean. — FOTO Reuters
YOUNG (kiri) dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mike Dean. — FOTO Reuters

“Saya yakin seperti tiga jam lalu,” ujar Solskjaer selepas kekalahan itu.

“Saya katakan kami perlukan 15 mata daripada tujuh baki aksi dan kini kami perlukan 15 daripada enam perlawanan terakhir.

“Ia sukar tapi sekali lagi, kami pasukan yang bagus dan ia tetap sukar buat sesiapa untuk bermain menentang kami.

“Ini perlawanan yang sukar tapi persembahan yang berhak menyaksikan kami menang.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 April 2019 @ 8:24 AM