Zaqhwan Zaidi diraikan selepas memenangi perlumbaan kedua di Sepang. FOTO NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR.
Zaqhwan Zaidi diraikan selepas memenangi perlumbaan kedua di Sepang. FOTO NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR.
Saiful Affendy Sapran


Sepang: Zaqhwan Zaidi memenangi perlumbaan kedua saingan ASB1000 pada pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Pelumba Honda Asia Dream Racing With SHOWA itu yang bermula di petak ketiga mempamerkan tunggangan cemerlang meskipun terpaksa beraksi dalam keadaan litar basah berikutan hujan.

Kemenangan itu menebus kekecewaan Zaqhwan yang gagal menamatkan perlumbaan pertama, semalam.

Pelumba ONEXOX TKKR SAG Racing, Azlan Shah Kamaruzaman yang memenangi perlumbaan pertama semalam gagal menamatkan perlumbaan hari ini berikutan masalah teknikal.

Rakan sepasukannya, Farid Badrul Hisham juga gagal menamatkan perlumbaan akibat terjatuh ketika memimpin saingan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2019 @ 5:32 PM