PEP GUARDIOLA
PEP GUARDIOLA
AFP

MANCHESTER, United Kingdom: Pep Guardiola memuji barisan bintang “berani” Manchester City selepas pasukan juara itu meneruskan usaha mengejar gelaran Liga Perdana dengan kemenangan penting 2-1 mengatasi pendahulu, Liverpool.

Skuad Guardiola tidak boleh melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan mereka ketinggalan 10 mata di belakang Reds, dan berdepan bahaya terlepas gelaran yang dimenangi dengan gaya tersendiri pada musim lalu.

Namun, mereka menyahut cabaran dengan hebat, menewaskan Liverpool buat pertama kali dalam lima pertemuan hasil jaringan Leroy Sane kemenangan pada babak kedua (minit ke-72).

Sergio Aguero meletakkan City di depan pada babak pertama (minit ke-40) dan Roberto Firmino menyamakan kedudukan selepas bersambung rehat (minit-ke-64), namun City menampilkan aksi berani yang membuat Guardiola menghamburkan pujian buat pemainnya. 

“Saya bangga dengan mereka. Kami tahu ia adalah hari final, jika kami tewas ia seperti sudah berakhir,” kata Guardiola.

“Semua pujian buat pemain yang hebat ini. Kami berdepan banyak tekanan, tetapi kami tidak takut, kami tidak risau.

“Kami menewaskan pasukan yang hebat. Kami menakjubkan sejak minit pertama. 

“Liverpool tidak melepaskan gol, dan kami menjaringkan dua. Kami bermain dengan keberanian, sangat agresif ketika memberi hantaran. 

“Kami sangat gembira dengan kemenangan ini untuk mengurangkan jurang. Semuanya kini terbuka.”

City kini mengecilkan jurang perbezaan mata kepada empat mata dengan mengumpul 50 mata, berada di tangga kedua liga di belakang Liverpool (54 mata) – selepas dilanda tiga kekalahan musim ini. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 January 2019 @ 8:10 AM