SOLANKE semakin dapat rentak. FOTO/AGENSI
SOLANKE semakin dapat rentak. FOTO/AGENSI
Agensi

LONDON: Liverpool akan memberikan Dominic Solanke peluang untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama berbanding cuba mendapatkan penyerang Benfica, Luka Jovic.

Jurgen Klopp gembira dengan usaha Solanke dalam latihan dan persembahan bersama pasukan Bawah 21 tahun England ketika dia cuba mendapatkan tempat dalam barisan utama di Anfield.

Liverpool dikaitkan dengan minat bagi mendapatkan pemain berusia 20 tahun, Jovic, yang kini dipinjamkan ke Eintracht Frankfurt dan dia adalah penjaring terbanyak Bundesliga dengan sembilan gol liga dan mencipta 12 daripada 15 gol secara keseluruhan.

Bagaimanapun ketika mereka menunjukkan minat terhadap pemain antarabangsa Serbia itu, Liverpool lebih bersedia untuk kekal bersama Solanke dan rakan sepasukannya, Rhian Brewster.

Brewster sedang bertarung untuk kembali cergas selepas kecederaan pergelangan kaki dan lutut dan berharap akan dapat perhatian pasukan utama pada tahun baharu.

Penyerang Belgium, Divock Origi yang menarik minat Wolves dan Galatasaray, boleh meninggalkan kelab itu pada Januari.

Liverpool juga menanti nasib Daniel Sturridge. Sturridge akan tamat kontrak pada musim panas ini.

Kelab berpangkalan di Anfield itu juga sedia melihat tawaran buat Nathaniel Clyne pada Januari berikutan peningkatan prestasi Trent Alexander-Arnold dan Joe Gomez. - AGENSI

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 November 2018 @ 10:56 AM