Jota (kiri) ketika beraksi dalam saingan UEFA Nations. FOTO AFP
Jota (kiri) ketika beraksi dalam saingan UEFA Nations. FOTO AFP
Agensi

London: Selepas mengikat Thiago Alcantara, Liverpool dijangka akan menandatangani penyerang Wolves, Diogo Jota dalam perjanjian mungkin melebihi £45 juta (RM239.23 juta).

Mereka bersetuju dengan nilai asal £41 juta (RM217.96 juta) yang berpotensi meningkat kepada £45 juta (RM239.23 juta) dengan pemain itu dijangka akan menandatangani perjanjian selama lima tahun.

Jurgen Klopp berkata, dia melihat pemain berusia 23 tahun itu sebagai pemain sokongan buat Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah dengan penyerang itu yang menjaringkan 44 gol dalam 131 perlawanan buat Wolves, boleh bermain di semua tiga posisi serangan.

Jota menyertai Wolves dari Atletico Madrid tiga tahun lalu, diketepikan dalam kesebelasan Wanderers pada saingan Liga Perdana menentang Sheffield United sebelum ini.

Liverpool kini sedang berusaha mendapatkan beberapa pemain sebelum jendela perpindahan ditutup dan mereka kini sedang mengadakan perbincangan untuk mendapatkan Xherdan Shaqiri, Marko Grujic, Harry Wilson dan Rhian Brewster namun Klopp menegaskan bahawa dia tidak mencari pemain utama seperti yang Gini Wijnaldum yang menjadi sasaran Barcelona.

"Saya tidak boleh membuat pemain terus gembira. Saya tidak bimbang mengenainya. Sekiranya saya mempunyai lebih dari tiga pemain tengah dan kami bermain 4-3-3 maka beberapa pemain tidak akan diturunkan. Begitulah keadaannya nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 September 2020 @ 11:34 AM