JUARA grand prix 13 kali David Coulthard. FOTO Agensi
JUARA grand prix 13 kali David Coulthard. FOTO Agensi
AFP

LONDON: Kejohanan sukan pemotoran untuk wanita, W Series akan dilancarkan tahun hadapan dengan sasaran melahirkan bintang Formula 1 wanita.

Kejohanan itu mendapat sokongan kuat beberapa nama besar dalam F1 termasuk juara grand prix 13 kali David Coulthard dan jurutera reka bentuk Red Bull Adrian Newey.

Ia menawarkan dana hadiah berjumlah $1.5 juta (RM6.23 juta) dan penyertaan percuma kepada 18-20 pemandu yang akan dipilih berdasarkan merit selepas melalui ujian dan penilaian. Juara keseluruhan akan meraih $500,000 (RM2.077 juta).

Penganjur berharap dapat menganjurkan enam perlumbaan 30 minit di litar utama Eropah dan akan dikembangkan ke Amerika, Asia dan Australia pada masa hadapan.

“W Series ini akan memberi peluang kepada wanita untuk membuktikan mereka mampu mencabar lelaki dalam sukan pemotoran. Bagaimanapun siri yang membabitkan pemandu wanita sahaja adalah penting untuk menarik lebih banyak penyertaan golongan itu," kata jurucakap penganjur.

Pemandu wanita terakhir menyertai grand prix F1 ialah pelumba Itali, Lella Lombardi pada 1976 tetapi menurut Coulthard pemandu wanita boleh berlumba dengan pemandu lelaki.

"Untuk menjadi pelumba kereta yang berjaya anda mestilah mempunyai skil, kesungguhan dan fizikal berada pada tahap terbaik tetapi tidak semestinya seorang lelaki,” kata Coulthard kepada akhbar Daily Mail.

"Kami yakin pemandu wanita dan lelaki boleh sepatutnya berlumba dengan adil jika mereka mempunyai peluang dan latihan sama dan kami akan cuba merealisasikannya. Tidak ada sebab Lewis Hamilton seterusnya adalah dalam kalangan wanita.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Oktober 2018 @ 8:15 PM