NEWEY tunjang kekuatan Red Bull. FOTO Agensi
NEWEY tunjang kekuatan Red Bull. FOTO Agensi
Agensi

London: Prinsipal pasukan Haas, Guenther Steiner berkata, jika dia boleh memilih hanya seorang yang sedang bekerja dalam F1 untuk menyertai pasukannya, individu berkenaan ialah Adrian Newey.

Steiner, yang menyaksikan pasukannya menamatkan saingan di tangga terbawah kategori pengeluar pada 2023 dengan hanya meraih 12 mata, sering merungut mengenai prestasi aerodinamik Haas sejak kebelakangan ini.

Newey dikatakan individu yang mampu untuk menyelesaikan masalah berkenaan berikutan pakar dalam bidang teknologi dengan kekayaan pengalamannya mereka bentuk jentera memenangi gelaran dan memainkan peranan besar dalam penguasaan jangka panjang Red Bull ke atas pesaing mereka.

"Saya akan mengambil Adrian Newey kerana saya pasti beliau boleh membuat jentera yang boleh mencatat kemenangan," jawab Steiner.

"Jawapannya agak jelas. Walaupun anda membawa Max (Verstappen) dengan menggunakan jentera kami sekarang, kami tidak akan menang.

"Jika kami memiliki pasukan Red Bull dengan menggunakan Nico Hulkenberg dan Kevin Magnussen tentu kami boleh menang juga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Disember 2023 @ 1:00 PM