PEMAIN Peru memberi tepukan kepada penyokong setia selepas berakhir aksi Piala Dunia menentang Australia di Stadium Fisht, malam tadi. Peru menang 2-0 tetapi gagal mara ke pusingan kalah mati. FOTO Reuters
PEMAIN Peru memberi tepukan kepada penyokong setia selepas berakhir aksi Piala Dunia menentang Australia di Stadium Fisht, malam tadi. Peru menang 2-0 tetapi gagal mara ke pusingan kalah mati. FOTO Reuters
Reuters

SOCHI, Russia: Rembatan kencang Andre Carrillo membenarkan Peru meraih gol sulung negara itu di Piala Dunia dalam tempoh 36 tahun sebelum kapten pasukan, Paolo Guerrero meledak jaringan kedua untuk menewaskan Australia 2-0, sebentar tadi.

Guerrero menjadi perencana jaringan Carillo pada minit ke-18 sekali gus menjadikan penyokong Peru meraikan detik bersejarah itu di Stadium Fisht meskipun sudah pun tersingkir awal untuk ke pusingan seterusnya.

Meskipun kecewa, namun Peru pulang dengan penuh gaya, meraih kemenangan pertama mereka di Piala DUnia sejak tewas 1-4 di tangan Iran pada temasya 1978 di Argentina.

Peru yang tidak beraksi di peringkat global untuk tempoh 36 tahun, mengakhiri saingan Kumpulan C dengan tiga mata, manakala Socceroos pulang dengan satu mata.

Perancis mengungguli kumpulan dengan tujuh mata manakala Denmark kedua (lima mata) selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Jun 2018 @ 12:36 AM