FOTO AP
FOTO AP

Temuco (Chile): Jaringan hatrik penyerang Peru, Paulo Guerrero ketika bertemu Bolivia 3-1 dalam saingan Copa Amerika di Estadio German Becker, Chile, sekaligus melayakkan mereka ke separuh akhir, pagi ini.

Serangan bertubi-tubi Peru sejak minit pertama lagi membuahkan hasil apabila Guerrero menanduk masuk ke gawang Bolivia pada minit ke-20 menerusi hantaran lintang Juan Vargas.

Guerrero menambah resah pasukan lawan apabila membuat jaringan kedua, tiga minit selepas jaringan pertama menerusi hantaran Christian Cueva.

Guerrero berjaya menjaringkan gol ketiga Peru selepas membolosi pertahanan pada minit ke-74.

Bolivia dihadiahkan penalti pada minit ke-84 disempurnakan Marcelo Moreno menjadikan perlawanan berakhir dengan 3-1.

Peru bakal bertemu pasukan tuan rumah, Chile pada saingan separuh akhir Isnin depan, manakala Argentina menentang Colombia Jumaat depan. -AP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 10:54 AM