MESSI ketika sesi latihan di  Bronnitsy, Russia pada 24 Jun 2018. FOTO EPA
MESSI ketika sesi latihan di Bronnitsy, Russia pada 24 Jun 2018. FOTO EPA
Agensi

LIONEL Messi sangat kecewa dan begitu terdesak untuk mengembalikan Argentina ke landasan yang tepat pada kempen Piala Dunia kali ini, kata rakan sepasukannya, Javier Mascherano.

Anak buah Jorge Sampaoli itu kini menghampiri penyingkiran di peringkat kumpulan selepas sekadar mengutip satu mata daripada dua perlawanan.

Messi yang menginjak usia 31 tahun, semalam masih belum meledak sebarang jaringan mahupun melakukan bantuan gol dengan sepakan penaltinya gagal disempurnakan ketika terikat 1-1 menentang Iceland.

Pasukan penuh deretan bintang itu dikritik hebat selepas tewas mengejut 0-3 di tangan Croatia pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Tatkala mereka perlu menewaskan Nigeria esok untuk mara ke peringkat 16 terbaik, Mascherano mengakui penyerang itu tetap manusia biasa.

“Leo baik-baik sahaja. Namun secara keseluruhan, sudah tentu akan ada kekecewaan apabila perkara tidak menjadi seperti yang diinginkan.

“Dia juga manusia biasa dan turut kecewa namun dia kini terdesak untuk membetulkan keadaan.

“Dia mahu menunjukkan imej yang berbeza kepada dunia berbanding apa yang diperagakan dalam dua aksi pertama ini,” katanya.

Lagi berita Piala Dunia 2018

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Jun 2018 @ 3:18 PM