KETUA Jurulatih Olahraga, Zainal Abas ketika ditemuramah wartawan di Wisma MOM. FOTO Luqman Hakim Zubir
KETUA Jurulatih Olahraga, Zainal Abas ketika ditemuramah wartawan di Wisma MOM. FOTO Luqman Hakim Zubir
Jumiati Rosly


KESATUAN Olahraga Malaysia (KOM) menghantar lebih kurang 20 nama atlet yang akan menggalas cabaran negara pada Sukan Asia di Indonesia, Ogos ini.

Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Zainal Abas berkata, badan induk itu sedang menanti sesi perbincangan bersama Majlis Olimpik Malaysia bagi menentukan atlet yang benar-benar layak.

"Kita menghantar dalam 20 hingga 23 nama atlet yang difikirkan layak ke Sukan Asia.

"Pada masa ini, kita masih menunggu MOM untuk memanggil bagi membincangkan pemilihan dan kita akan bentangkan senarai nama yang kita rasa boleh bawa cabaran negara ke Sukan Asia," katanya kepada NSTP.

Zainal berkata antara nama yang disenaraikan adalah mereka yang menggalas cabaran negara pada Sukan Komanwel di Gold Coast bulan lalu.

Pada Sukan Komanwel lalu, skuad olahraga negara menghantar 12 atlet lelaki dan dua atlet wanita dengan atlet para, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah yang bertanding dalam acara 100m membawa pulang pingat gangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mei 2018 @ 5:22 PM