PEMAIN Real Madrid, Marcelo (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich. - Foto AFP
PEMAIN Real Madrid, Marcelo (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich. - Foto AFP

JUARA bertahan Real Madrid bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Bayern Munich yang mensia-siakan peluang mereka untuk membawa bekal selesa ke perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara di Sepanyol.

Real yang memburu gelaran ketiga berturut-turut memerlukan gol penyamaan Marcelo pada minit ke-44 untuk memadamkan jaringan awal Joshua Kimmich selepas Bayern yang memburu tiga trofi musim ini mensia-siakan beberapa peluang terhidang.

Pemain gantian Asensio cemerlang pada separuh masa kedua untuk menewaskan penjaga gol Sven Ulrich yang memastikan gol kemenangan Real pada minit ke-57.

Keputusan itu menyamai keputusan perlawanan pertama suku akhir tahun lalu, sebelum Real menang dalam perlawanan timbal balik untuk menjadi pasukan pertama berjaya mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara.

Semalam, Liverpool menewaskan AS Roma 5-2 dalam satu lagi perlawanan pertama separuh akhir . - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 5:23 AM