SERGIO GARCIA
SERGIO GARCIA

TEXAS: Sergio Garcia berikrar untuk memadam mimpi ngerinya di Kejohanan Master dan kembali sedia beraksi pada golf Terbuka Texas, hujung minggu ini.

Biarpun mempertahankan gelaran dalam saingan di Augusta National awal bulan ini, Garcia melalui permulaan yang memalukan dan mengakhiri saingan dengan kelebihan 13 pukulan dalam pusingan pembukaan 15 lubang itu.

Pemain berumur 38 tahun itu terjatuh lima bola ke dalam air pada par lima, di mana dia membuat eagle dalam pusingan akhir pada 2017, untuk merekodkan mata tertinggi dalam sejarah kejohanan.

Selepas pukulan keduanya, Garcia dikenakan penalti dan hanya 80 meter sahaja dari green, namun dia berulang kali membuat pukulan wedge ke arah permukaan putting dan melihat bola itu kembali ke dalam halangan air.

Garcia kemudiannya menghabiskan pusingan 81 dan 79 di tempat ke-82 daripada 87 pemain yang bertanding, tetapi insiden itu kini cuba dipadamkan daripada ingatannya.

“Sejurus berakhir pertandingan pada petang Jumaat itu, saya mula melupakannya dan selepas berakhirnya pertandingan,” kata Garcia di San Antonio.

“Saya rasa di penghujung harinya, anda perlu sedar yang ia boleh terjadi, kadang kala ia terjadi dengan jalan lain dan tanpa melakukan banyak perkara yang salah, ia juga boleh terjadi.

“Tetapi anda perlu mempelajari daripada perkara itu dan bergerak ke depan dan melakukan yang lebih baik.

“Dengan pusingan yang baik pada Jumaat, saya mempunyai peluang untuk bersaing. Malang sekali, apa yang terjadi sudah terjadi dan anda boleh memberikan alasan mengenai banyak perkara daripada minggu ke minggu lain, ya, tetapi kami sudah biasa dengan perkara itu.

“Saya tidak akan meletakkan itu sebagai alasan mengapa minggu saya terjadi begitu. – Agensi

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 April 2018 @ 2:02 PM