PENGADIL dari Jerman, Deniz Aytekin melihat rakaman Video Bantuan Pengadil (VAR) pada aksi persahabatan antara England dan Itali di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE
PENGADIL dari Jerman, Deniz Aytekin melihat rakaman Video Bantuan Pengadil (VAR) pada aksi persahabatan antara England dan Itali di Stadium Wembley, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE
AFP

LONDON: Pengurus England, Gareth Southgate percaya kurangnya penjelasan mengenai sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) boleh merencatkan Piala Dunia 2018.

Skuad kendalian Southgate sekali lagi dinafikan kemenangan pada pemanas badan Piala Dunia ketika penalti Lorenzo Insigne tiga minit sebelum tamat menyelamatkan Itali menerusi keputusan seri 1-1 di Wembley awal pagi tadi.

Bagaimanapun pelawat hanya diberikan penalti selepas pengadil Jerman, Deniz Aytekin menukar keputusan awalnya untuk tidak memberikan sepakan itu apabila pemain gantian, Federico Chiesa terjatuh selepas cabaran dari James Tarkowski menerusi rakaman VAR.

“Saya gembira ia bukan Piala Dunia lagi,” kata Southgate. “Saya rasa peraturannya ‘sangat jelas’ dan ia tidak. Ia membolehkan anda berdebat sepanjang hari.”

Southgate menambah dia tidak setuju dengan penggunaan teknologi sama seperti dalam Liga Perdana walaupun ia memerlukan wang yang banyak tetapi keputusan salah masih boleh berlaku.

“Saya lebih suka keputusan pengadil adalah muktamad. Ia sukan dan kita tidak sepatutnya bercakap berapa banyak wang diperlukan atau digunakan.”

 

England berada di landasan tepat untuk meneruskan retak kemenangan selepas kejayaan 1-0 mengatasi Belanda Jumaat lalu dan seri berdepan pasukan pilihan Piala Dunia, Jerman serta Brazil pada November hasil gol pembukaan Jamie Vardy pada minit ke-26.

“Secara keseluruhan, selepas dua perlawanan saya sangat gembira,” kata Southgate.

“Dalam empat perlawanan terakhir kami menentang empat negara terbesar di dunia, tahap yang lain, dan menjadi kompetitif dalam setiap satu daripadanya.”

Jaringan penyamaan Insigne ialah gol pertama dilepaskan England dalam enam perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Mac 2018 @ 7:18 AM