ANTARA sukarelawan Olimpik Musim Sejuk yang siap sedia menanti kejohanan bermula. -Foto EPA
ANTARA sukarelawan Olimpik Musim Sejuk yang siap sedia menanti kejohanan bermula. -Foto EPA
Reuters

SEOUL: Korea Selatan berkata hari ini, mereka akan membatalkan sementara larangan buat Korea Utara jika ia diperlukan bagi memudahkan kunjungan Korea Utara ke Olimpik Musim Sejuk di Korea Selatan, bulan depan.

Korea Selatan sudah melarang beberapa pegawai Korea Utara daripada memasuki negara berkenaan sebagai tindak balas terhadap ujian nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.

Jika Seoul perlu mengambil “langkah seterusnya” untuk membantu Korea Utara menyertai Olimpik, ia akan memikirkannya bersama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan negara lain berkaitan, kata jurucakap Kementerian Luar, Roh Kyu-deok.

Korea Utara berkata, ketika perbincangan antara kedua-dua negara yang jarang dilakukan hari ini, mereka akan menghantar delegasi pegawai atasan, atlet dan skuad penyokong ke Olimpik Pyeongchang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 January 2018 @ 6:37 PM