FOTO rasmi dikeluarkan agens di berita KCNA menunjukkan ujian berkenaan. FOTO AFP
FOTO rasmi dikeluarkan agens di berita KCNA menunjukkan ujian berkenaan. FOTO AFP
AFP

Seoul: Korea Utara menguji peluru berpandu antipesawat yang baru dibangunkan, yang terbaru dalam siri pelancaran ujian senjata baru-baru ini, kata media negara itu.

AFP melaporkan, ia mempunyai prestasi tempur yang luar biasa termasuk kawalan kemudi berkembar dan teknologi baharu yang lain.

Gambar di akhbar Rodong Sinmun menunjukkan peluru berpandu itu dilancarkan ke udara Khamis lalu.

Ia mencetuskan kebimbangan antarabangsa dengan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis yang memanggil mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai tindakan Pyongyang.

Beijing adalah sekutu utama Korea Utara dan rakan dagangan terbesar walaupun negara itu mengadakan sekatan dan menutup sempadannya kerana Covid-19.

Peluru berpandu antipesawat jauh lebih kecil daripada peluru berpandu balistik dan Korea Utara dilarang untuk membangunkannya berdasarkan resolusi Majlis Keselamatan PBB

Banyak sekatan antarabangsa di kenakan ke atas program senjatanya yang berkembang pesat di bawah pentadbiran Kim Jong Un.

Ia termasuk peluru berpandu yang mampu mencapai seluruh AS dan ia adalah ujian nuklearnya yang paling kuat setakat ini.

Korea Utara tetap bertegas tidak mahu menghentikan ujian berkenaan yang disifatkan perlu untuk mempertahankan diri dari pencerobohan oleh Amerika Syarikat yang menjadi sekutu Korea Selatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Oktober 2021 @ 9:57 AM