MATHIEU (kanan) jaring gol sendiri ketika kelabnya menentang Barcelona. -Foto EPA
MATHIEU (kanan) jaring gol sendiri ketika kelabnya menentang Barcelona. -Foto EPA

BARCELONA: Barcelona mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Sporting Lisbon 2-0, sebentar tadi.

Gol menerusi tandukan Paco Alcacer dan jaringan sendiri Jeremy Mathieu, memastikan kemenangan buat kelab Catalan itu yang menjuarai Kumpulan D.

Juventus akan menyertai kelab gergasi Sepanyol itu mara ke pusingan 16 terakhir selepas mereka juga melakar kemenangan 2-0 ke atas Olympiakos manakala Sporting akan beraksi dalam saingan Liga Europa pada awal tahun depan.

Dengan Barcelona sudah menjamin tempat selaku juara Kumpulan D, Lionel Messi memanaskan bangku simpanan buat kali kedua berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara dengan Ernesto Valverde melakukan lapan perubahan daripada skuad yang berada dalam kesebelasan utama ketika seri 2-2 menentang Celta Vigo, Sabtu lalu.

Alcacer membuka tirai jaringan pada minit ke-59 sebelum bekas pemain kelab itu, Mathieu menjaringkan gol ke gawang sendiri pada lewat babak perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2017 @ 10:48 AM