Ozil mahu ke Old Trafford. FOTO REUTERS
Ozil mahu ke Old Trafford. FOTO REUTERS
Daily Mail

MESUT Ozil lebih suka berhijrah ke Manchester United berbanding Barcelona andai meninggalkan Arsenal dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Pengurus Arsenal Arsene Wenger minggu ini mengesahkan Gunners masih belum selesai berunding dengan Ozil.

Kontrak pemain kaki kiri itu di Emirates akan berakhir tidak lama lagi.

Rundingan kontrak baru dengan nilai £235,000 (RM1.3 juta) seminggu sudah pun ditolak malah pemain antarabangsa Jerman itu memberitahu beberapa rakannya dia mencari peluang untuk berhijrah ke United.

Ozil mahukan pendapatan sebanyak £300,000 (RM1.6 juta) dengan bos The Red Devils, Jose Mourinho sedang menilai situasi pemain terbabit kerana mahu merombak skuadnya di Old Trafford.

Pemain berusia 29 tahun itu terbuka untuk reunion semula bersama bekas bosnya ketika di Real Madrid.

Gandingan itu membentuk kerjasama baik di Bernabeu, malah Ozil dikenali sebagai pemain dapat menyerap kaedah Mourinho dalam masa singkat.

United memerlukan ketajaman di bahagian depan dan hakikat itu terbukti selepas mereka kecundang kepada Manchester City pada derby Manchester, Ahad lalu.

Mourinho mahu naib presiden eksekutif United, Ed Woodward mengeluarkan belanja untuk jendela perpindahan pemain musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2017 @ 2:24 PM