KLOPP (dua dari kanan) kurang sihat baru-baru ini.
KLOPP (dua dari kanan) kurang sihat baru-baru ini.
AFP

LIVERPOOL, England: Liverpool dihujani dengan drama kecergasan ketika mereka bersiap sedia berdepan Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield malam esok malah Juergen Klopp juga tidak terkecuali.

Pengurus itu terpaksa ponteng latihan Rabu lalu selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan di hospital tempatan berikutan rungutan kurang sihat.

Beliau dibenarkan pulang ke rumah petang itu dan kembali bekerja semalam, namun tidak jelas apa yang menyebabkan beliau kurang sihat ketika kelab itu enggan memberikan butiran lanjut.

Bukan kali pertama pengurus Liverpool itu mengalami masalah kesihatan ketika tempoh dua tahun mengendalikan pasukan di Anfield.

Jurulatih dari Jerman itu terlepas perlawanan di gelanggang sendiri menentang Sunderland pada Februari 2016 kerana menjalani pembedahan apendiks mengejut.

FIRMINO (dua dari kanan) harap Klopp kembali cergas.
FIRMINO (dua dari kanan) harap Klopp kembali cergas.

Ketika itu, pembantunya Peter Krawietz dan Zeljko Buvac mengendalikan pasukan namun penyerang Liverpool, Roberto Firmino berharap Klopp cergas untuk berada di bangku simpanan hujung minggu ini.

“Kepentingannya bagi saya amat besar,” kata Firmino.

“Beliau membantu saya dalam sesi latihan harian dan saya banyak belajar daripadanya. Beliau mendapat yang terbaik daripada saya, semaksimum mungkin.

“Beliau seorang pengurus luar biasa dan saya teruja bekerja dengannya.”

Kebimbangan mengenai kesihatan Klopp hadir dua hari selepas pertahanan kanan Nathaniel Clyne, bekas pemain Southampton yang belum bermain lagi musim ini, disahkan berehat hingga Februari depan selepas menjalani pembedahan belakang.

Penyerang Sadio Mane juga mengalami masalah kecederaan dan kembali daripada tugasan antarabangsa bersama Senegal dengan rungutan mengenai masalah hamstring yang berulang.

PEMAIN Liverpool gigih berlatih menghadapi aksi EPL.
PEMAIN Liverpool gigih berlatih menghadapi aksi EPL.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017 @ 11:47 AM