SILVA ledak dua gol ketika La Roja menentang Costa Rica dalam aksi persahabatan antarabangsa. FOTO/AFP
SILVA ledak dua gol ketika La Roja menentang Costa Rica dalam aksi persahabatan antarabangsa. FOTO/AFP
Reuters

MALAGA: Pemain tengah Manchester City, David Silva muncul selaku watak utama buat Sepanyol ketika membelasah Costa Rica 5-0 pada aksi persahabatan antarabangsa, sebentar tadi.

Silva meledak dua gol di babak kedua mengukuhkan kedudukan buat juara dunia 2010 itu selepas dua gol awal Sepanyol dihasilkan pemain Barcelona, Jordi Alba yang membuka jaringan seawal minit ke-6 dan menerusi Alvaro Morata di pertengahan babak pertama.

Pemain tengah veteran, Andres Iniesta melengkapkan kejayaan buat Sepanyol menerusi jaringan pada minit ke-73.

SILVA (kiri) berebut bola dengan pemain David Guzman.  FOTO/AFP
SILVA (kiri) berebut bola dengan pemain David Guzman. FOTO/AFP

Selepas mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan, aksi persahabatan pertama ini menyaksikan jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui tetap menurunkan barisan terkuat.

Namun Lopetegui merehatkan penjaga gol utama, David de Gea untuk memberi peluang kepada pemain Athletic Bilbao, Kepa Arrizabalaga manakala barisan selebihnya kekal diturunkan ketika Sepanyol mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia yang menyaksikan mereka cemerlang tanpa kalah dalam 10 perlawanan peringkat kumpulan.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Rosaleda itu, empat tonggak tengah, Silva, Iniesta, Thiago Alcantara dan Isco memastikan Sepanyol menguasai bahagian tengah.

PEMAIN Selanyol meraikan gol keempat dijaringkan Silva. FOTO/AFP
PEMAIN Selanyol meraikan gol keempat dijaringkan Silva. FOTO/AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 November 2017 @ 1:10 PM