LOPEETEGUI mahu pemain Sepanyol biasakan diri mengunakan bola baru. FOTO/AFP
LOPEETEGUI mahu pemain Sepanyol biasakan diri mengunakan bola baru. FOTO/AFP
AFP

MADRID: Jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui berkata penjaga gol perlu membiasakan diri dengan bola yang akan digunakan pada Piala Dunia sebelum bermula kejohanan pada Jun berbanding mengkritiknya berikutan komen penjaga gol Jerman, Marc-Andre ter Stegen dan Pepe Reina dari Sepanyol.

“Saya tahu apa yang pemain beritahu saya, tetapi ia bola yang akan digunakan dan perkara lain yang perlu dilakukan ialah perkuatkan kaki anda dan jangan buat kecoh,” kata Lopetegui, bekas penjaga gol Barcelona dan Real Madrid.

“Apa yang perlu kita lakukan ialah menjadikan ia sesuatu yang positif, atasinya dan tiada lain lagi,” katanya menjelang pertemuan pemanas badan Piala Dunia antara pasukannya dan Argentina selepas Sepanyol seri 1-1 berdepan juara dunia, Jerman dalam saingan Jumaat lalu.

PEMAIN Sepanyol ketika berlatih. FOTO/AFP
PEMAIN Sepanyol ketika berlatih. FOTO/AFP

Pasukan kebangsaan mula menggunakan Adidas Telstar 18 buat pertama kali pada aksi antarabangsa dan kurangnya cengkaman serta pergerakan berlebihan di udara menjadi bahan kritikan.

Penjaga gol Napoli, Reina, yang tampak akan bersama skuad Sepanyol ke pusingan akhir di Russia, mengkritiknya dengan memberitahu Diario AS: “Masih ada masa mengubahnya” sebelum sepak mula berlangsung.

“Saya bertaruh dengan sebanyak mana wang, akan ada sekurang-kurangnya 35 gol dijaringkan dari jarak jauh, kerana mustahil untuk mengawalnya, belum dikira ia disalut filem plastik yang membuatkannya sukar dipegang,” kata Reina.

Media tempatan melaporkan, pandangan sama turut dikongsi penjaga gol lain dalam skuad Sepanyol, David de Gea dan Kepa Arrizabalaga yang mengatakan “Tidak” apabila ditanya mengenai bola itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Mac 2018 @ 10:32 AM