BUFFON gesa Juve bangkit daripada kekalahan dengan Barca pada aksi UCL. -FOTO/ REUTERS
BUFFON gesa Juve bangkit daripada kekalahan dengan Barca pada aksi UCL. -FOTO/ REUTERS
AFP

MILAN: Dua gergasi Itali, Juventus dan Napoli mengalih fokus dalam kempen domestik selepas mengharungi pusingan pembukaan Liga Juara-Juara penuh mengecewakan.

Finalis tahun lalu, Juventus, tumbang 3-0 kepada Barcelona manakala Napoli tewas 2-1 kepada Shakhtar Donetsk di Ukraine, manakala satu lagi wakil Itali, AS Roma diikat tanpa jaringan oleh Atletico Madrid.

“Kami masih lagi merasa kesakitannya seperti yang kamu dapat bayangkan. Apabila kamu sudah biasa untuk menang dan menjadi pasukan terbaik di atas padang, jadi ia menjadi amat mengganggu untuk kembali selepas perlawanan seperti itu,” kata penjaga gol Juve, Gianluigi Buffon.

NAPOLI (jeris biru) tewas kepada Shakhtar Donetsk. -FOTO/AFP
NAPOLI (jeris biru) tewas kepada Shakhtar Donetsk. -FOTO/AFP

“Tetapi, untuk memiliki perasaan seperti itu juga adalah perkara yang baik. Pasukan dan lelaki yang hebat membuktikan diri mereka dengan kebangkitan selepas mengharungi tempoh sukar.”

Juara enam kali Serie A Juventus, Napoli dan Inter Milan masih belum tewas pada musim ini selepas mengutip sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan dan dijangka tidak bermasalah untuk meraih kemenangan keempat.

Roma yang juga naib juara musim lalu kembali ke laman sendiri menentang Verona selepas kunjung mereka ke Sampdoria minggu lalu ditangguhkan susulan hujan lebat di Genoa.

“Perlawanan menentang Sassuolo adalah peluang bagi kami untuk melakukannya sekali lagi dan kembali yakin, bersama serta menunjukkan keberanian Juve.

“Pasukan Milan sedang bangkit, Napoli masih lagi Napoli dan Roma mengubah taktik mereka dan mungkin mempunyai falsafah berbeza ketika ini dengan pengarah sukan yang baharu,” kata Buffon.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 2:53 PM