Noor Azam (kanan) bersama pemain akar umbi kelab.
Noor Azam (kanan) bersama pemain akar umbi kelab.
Mohd Amin Jalil


Seremban: Kelab Bolasepak TMS Old Boys (TMS Old Boys) mungkin menjadi pasukan baru untuk bersaing di pentas saingan Piala FAM 2018, jika permohonan penyertaan mereka dalam liga itu diluluskan.

Pengurus kelab Mohd Nor Azam Abdullah berkata, pihaknya sudah membuat persiapan rapi dalam usaha menjadi pasukan baru dalam kempen berkenaan.

Katanya, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat untuk menaja pasukan itu.

“Perbincangan dengan pengurusan syarikat itu sudah diadakan beberapa kali dan dijangka satu keputusan positif akan dapat dicapai tidak lama lagi.

“Kami memerlukan dana permulaan RM3 juta bagi membolehkan penyertaan pasukan TMS Old Boys dalam Liga FAM 2018 menjadi realiti,” katanya semalam.

Menurut Mohd Noor Azam, pihaknya akan mengadakan sesi pemilihan pemain di Padang Majlis Perbandaran Seremban, Sabtu ini.

TMS Old Boys antara kelab bola sepak akar umbi yang paling aktif di Negeri Sembilan terutama dalam melahirkan pemain kalangan kanak-kanak dan remaja berusia antara 7 hingga 17 tahun, menerusi akademi yang dikendalikannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2017 @ 7:32 AM