Idris Musa


PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji pasukan bola jaring negara yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2017 selepas menewaskan Singapura pada aksi akhir, hari ini.

"Malaysia menang netball. Hebat pasukan kita!!," katanya melalui catatan di akaun Twitter beliau.

Malah, bagi melahirkan kegembiraan itu, beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut berswafoto dengan pasukan bola jaring negara.

Foto itu turut dikongsikan dengan netizen bersama ucapan: "Selfie dengan pasukan netball Malaysia yang baru memenangi pingat emas. Kegembiraan yang amat luar biasa!"

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Ogos 2017 @ 5:43 PM