RACHEL (kanan) tekad kekal emas acara perseorangan. - Foto OSMAN ADNAN
RACHEL (kanan) tekad kekal emas acara perseorangan. - Foto OSMAN ADNAN
Devinder Singh


RACHEL Arnold yakin kecederaan pergelangan kakinya tidak menghalang usahanya untuk meraih dua pingat emas dalam acara skuasy pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Naib juara Kejohanan Kebangsaan itu mahu mengekalkan pingat emas acara perseorangan dan bergandingan dengan Aifa Azman untuk memburu gelaran juara beregu.

Rachel, 21, berkata, dia tidak sabar untuk kembali ke gelanggang selepas pergelangan kakinya yang terseliuh ketika menyertai Kejohanan Beregu Dunia di Manchester, minggu lalu, pulih.

“Keadaan kecederaan saya semakin pulih. Saya sudah mula berlatih.

“Ia tidaklah serius hingga boleh menghalang saya bermain di Sukan SEA,” katanya.

Berikutan kekuatan dimiliki skuad negara, Rachel yang juga pemain nombor 52 dunia tidak akan beraksi dalam acara berpasukan wanita yang dimenanginya pada Sukan Sea 2015 di Singapura.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Ogos 2017 @ 8:05 PM