Zahasmi (kiri) mahu pemain bangkit tewaskan UiTM malam esok. FOTO HM/SYAMSI SUHAIMI
Zahasmi (kiri) mahu pemain bangkit tewaskan UiTM malam esok. FOTO HM/SYAMSI SUHAIMI
BERNAMA

PASUKAN Kelantan perlu menang ke atas pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM FC) pada aksi Piala Malaysia di Stadium Mini UiTM Shah Alam, malam esok bagi memastikan mereka layak ke peringkat suku akhir kempen musim ini.

Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail berkata pasukannya perlu mendapat tiga mata penuh dalam perlawanan Kumpulan C itu untuk mencerahkan peluang beraksi di peringkat kalah mati.

“Saya yakin kami boleh menewaskan UiTM FC walaupun kami dibayangi kekalahan teruk 5-0 kepada pasukan Kedah pada saingan Liga Super di Alor Setar, Selasa lalu,” katanya, hari ini.

Kelantan berkongsi enam mata bersama dua lagi pasukan iatu Kedah dan Melaka United dalam kumpulan itu hasil dua kemenangan dan satu kekalahan selepas mengharungi tiga perlawanan.

Kedudukan ketiga-tiga pasukan hanya dipisahkan menerusi jaringan gol.

“Kami perlu meneruskan perjuangan pada aksi Piala Malaysia yang peluangnya masih terbuka untuk mana-mana pasukan menjuarainya,” katanya.

Zahasmi turut mengingatkan pemain agar tidak memandang rendah akan kemampuan UiTM FC yang pernah ditewaskan pada aksi pembukaan peringkat kumpulan di Stadium Sultan Muhammad IV pada awal Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Julai 2017 @ 9:43 PM