PEMAIN Kelantan, Mamadou M Danso menanduk bola di depan pintu gol Pulau Pinang. FOTO Fathil Asri
PEMAIN Kelantan, Mamadou M Danso menanduk bola di depan pintu gol Pulau Pinang. FOTO Fathil Asri
Azlan Hafeedz


KELANTAN gagal mencipta kemenangan kedua di laman sendiri selepas seri 2-2 dengan Pulau Pinang pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, KotaBharu, malam tadi.

Gol Kelantan dijaringkan menerusi S Thinagaran pada minit ke-26 dan Mohd Danial Ashraf (min-55) manakala dua gol pelawat oleh Sanna Nyassi (minit ke-24 dan 89).

Gol pendahuluan Nyassi membuka tirai perlawanan apabila mudah menewaskan penjaga gol Kelantan Ramdhan Abd Hamdan.

Selang dua minit kemudian, S Thinagaran melegakan kira-kira 8,000 penonton Kelantan apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi tandukan, hasil hantaran Mohd Badhri Radzi.

Babak separuh masa kedua semakin rancak apabila kedua pasukan saling mengasak untuk mencari tambahan gol.

Pemain muda Kelantan, Mohd Danial Ashraf menjaringkan gol kedua pasukannya sebelum Nyassi menjadi wira Pulau Pinang apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 89.

Impian Kelantan untuk memperolehi tiga mata berharga musnah sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) berhenti seketika sempena Ramadan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Mei 2017 @ 12:54 AM