GOH V Shem (belakang) dan Tan Wee Kiong. FOTO arkib NSTP
GOH V Shem (belakang) dan Tan Wee Kiong. FOTO arkib NSTP
Ferzalfie Fauzi


HASRAT Malaysia untuk muncul juara Kumpulan 1C Piala Sudirman di Pusat Sukan & Rekreasi Gold Coast, Australia tidak kesampaian apabila kalah dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan 2-3 kepada Jepun, hari ini.

Pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang turun dalam perlawanan pertama tumpas kepada Takeshi Kamura Keigo Sonoda 21-18, 17-21, 16-21.

Malaysia ketinggalan 0-2 apabila perseorangan wanita, Goh Jin Wei tumpas kepada pemain nombor tiga dunia, Akane Yamaguchi 6-21, 17-21.

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya merapatkan kedudukan 1-2 apabila mengalahkan Yu Igarashi 8-21, 5-21 dan Jepun mengesahkan kemenangan ke atas Malaysia apabila beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean kalah kepada Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi 17-21, 18-21.

Perlawanan terakhir menyaksikan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengalahkan Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-16, 16-21, 21-19 namun ia tidak memberi sebarang makna.

Jepun dan Malaysia sudah berjaya mara ke suku akhir dan perlawanan hari ini adalah untuk menentukan juara serta naib juara kumpulan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 11:47 PM