PESERTA yang juga penuntut MSU College Sabah yang menyertai kategori sukan berbasikal.
PESERTA yang juga penuntut MSU College Sabah yang menyertai kategori sukan berbasikal.
Fazurawati Che Lah


SABAH adalah kejohanan pelbagai sukan yang diadakan berselang-seli dengan Sukan Malaysia (Sukma) serta terbuka kepada warga Malaysia yang bermaustatin di Sabah selain berumur 20 tahun ke bawah untuk melayakkan mereka bertanding bagi kategori Sukma.

Melihat peluang yang ada, MSU College Sabah mengambil bahagian dengan menghantar beberapa pelajar daripada pelbagai bidang pengajian untuk menyertai sukan berkenaan bagi kategori sukan berbasikal, ragbi, bola jaring dan sebagainya.

Peserta, Don Sylvester Junior yang juga penuntut Diploma Pengurusan berkata, penyertaan bersama rakan mampu membuka peluang dan mencungkil bakat bukan hanya kepada generasi muda malah masyarakat dan komuniti khususnya dari luar bandar untuk menyertai kejohanan terbabit.

DON Sylvester mewakili Kota Kinabalu bagi kategori berbasikal.
DON Sylvester mewakili Kota Kinabalu bagi kategori berbasikal.

“Saya dan rakan-rakan teruja kerana terpilih untuk mewakili daerah Kota Kinabalu bagi kategori berbasikal dan beberapa rakan lain turut terpilih mewakili daerah masing-masing untuk kategori berasingan.

“Antara pencapaian terbaik saya dan kumpulan apabila memenangi pingat perak dalam acara Team Time Trial dengan jarak 30 kilometer dan berjaya menyelesaikannya dalam masa 22.27.500 dengan jurang 0.00.06.184 saat dari daerah Tawau,” katanya.

Selain kategori sukan berbasikal, untuk ragbi dan bola jaring turut menyumbang pingat yang mewakili kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Sipitang dan Penampang.

MSU dan MSU College sentiasa menitikberatkan pembabitan dan pencapaian pelajar bukan hanya dalam bidang akademik malah aktif kokurikulum dalam usaha melahirkan graduan yang holistik serba boleh dan kompeten.

Kejohanan itu mempunyai misi dan tujuan penting dalam mengetengahkan atlet yang berpotensi dari semua daerah serta mampu mempromosikan gaya hidup sihat dan masyarakat berdaya saing serta cergas.

Ini selaras dengan objektif Program Pembangunan Atlet Remaja Kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 2:21 PM