NURUL Asirah berkongsi resipi creampuff crispy.
NURUL Asirah berkongsi resipi creampuff crispy.
Hafiz Ithnin


DIAM tak diam, sudah beberapa hari berlalu kita menjalani ibadah puasa Ramadan. Tidak dinafikan hidangan atas meja sudah pasti antara perkara yang menjadi pelengkap suasana berbuka dan bersahur.

Apatah lagi, hidangan itu adalah air tangan kita sendiri terutama ibu yang mempunyai anak-anak yang menanti juadah berbuka puasa dan bersahur.

Selain menu makanan yang berat, tidak salah kita mencuba hasilkan pencuci mulut atau manisan untuk keluarga.

Antaranya menyediakan hidangan pencuci mulut, creampuff crispy yang bukan sahaja sedap untuk dinikmati, malah mudah untuk disediakan terutama mereka yang baru cuba membuatnya.

Berkongsi resipi itu, usahawan manisan, Nurul Asirah Salleh, 24 berkata, creampuff crispy adalah hidangan yang mudah disediakan kerana tidak mengambil masa panjang untuk disediakan.

"Manisan ini sebenarnya agak popular di media sosial kerana ia mempunyai rasa yang lazat dan tekstur yang lembut menjadikannya menarik untuk dihidangkan kepada kanak-kanak.

"Apatah lagi, ia mempunyai krim manis dalam yang pastinya membuka selera kepada kanak-kanak untuk merasainya," katanya.

CREAMPUFF crispy sesuai untuk dijadikan juadah pencuci mulut.
CREAMPUFF crispy sesuai untuk dijadikan juadah pencuci mulut.

Bahan-bahan

1. 250 mililiter air

2. 100 gram mentega bergaram (jika guna bukan jenis bergaram tambahkan garam biasa satu setengah sudu teh)

3. 125 gram tepung gandum

4. Empat biji telur saiz A (besar)

Langkah memasak

1. Masukkan air, mentega dan masak di kuali. Pastikan api perlahan sahaja.

2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dalam kuali yang dididihkan mentega dan air.

3. Gaul sehingga tepung masak dan sebati.

4. Sejukkan selama tiga hingga enam minit.

5. Masukkan telur satu persatu dan gaul sehingga sebati.

6. Siap pastry creampuff dan sedia untuk dibakar.

Langkah membakar

1. Masukkan choux pastry dalam piping bag.

2. Gunakan nozzle 6 bintang atau 149 untuk mendapatkan bentuk yang cantik.

3. Boleh pipe adunan choux pastry ke atas dulang dan masak selama 30 hingga 60 minit dengan suhu 175 darjah Celsius mengikut pembakar masing-masing.

CREAMPUFF crispy berinti coklat pasti menjadi pembuka selera.
CREAMPUFF crispy berinti coklat pasti menjadi pembuka selera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2024 @ 6:31 AM